The Picture above are my class's roster. EPPD 1063 Aplikasi Komputer set 1 have 42 students including me and 1 lecturer which is Pn. Norazila. This class are held on every tuesday, 11am in makmal komputer.
Ini merupakan peta UKM kampus Bangi. UKM mempunyai 12 kolej keseluruhan dan 10 daripadanya adalah di kampus Bangi dan 2 yang lain berada di kampus Cheras. Selain itu, UKM Bangi mempunyai 8 fakulti pembelajaran.
Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) merupakan salah satu perpustakaan universiti yang terbesar di Malaysia. Perpustakaan ini ditubuhkan pada tahun 1970 dan dirasmikan sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang oleh canselor UKM kedua, iaitu DYMM Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Pelbagai prasarana disediakan dalam perpustakaan ini seperti penghawa dingin, komputer, meja dan kerusi, pelbagai jenis buku rujukan serta internet yang laju untuk pelajar mengulangkaji di tempat ini. PTSL merupakan salah satu tempat kesukaan saya dalam UKM kerana selepas satu kelas, saya boleh berehat di tempat ini untuk menunggu masa kelas yang seterusnya. Suasana dalam PTSL adalah aman dan sejuk. Oleh itu, tempat ini disukai oleh ramai pelajar UKM termasuklah saya.
Ini merupakan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. UKM mempunyai two kampus dalam Malaysia iaitu di Bangi dan sebuah terletak di Cheras. UKM merupakan salah satu universiti Malaysia yang tua berbanding dengan universiti-universiti yang lain. Walau bagaimanapun, suasana UKM untuk melanjutkan pelajaran adalah baik dan kurang mempunyai berita negatif yang mengenai UKM. Universiti ini juga melahirkan banyak mahasiswa mahasiswi yang cemerlang dan berjaya dalam alam pekerjaan yang dapat membanggakan negara Malaysia.
Comments
Post a Comment