Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) merupakan salah satu perpustakaan universiti yang terbesar di Malaysia. Perpustakaan ini ditubuhkan pada tahun 1970 dan dirasmikan sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang oleh canselor UKM kedua, iaitu DYMM Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Pelbagai prasarana disediakan dalam perpustakaan ini seperti penghawa dingin, komputer, meja dan kerusi, pelbagai jenis buku rujukan serta internet yang laju untuk pelajar mengulangkaji di tempat ini. PTSL merupakan salah satu tempat kesukaan saya dalam UKM kerana selepas satu kelas, saya boleh berehat di tempat ini untuk menunggu masa kelas yang seterusnya. Suasana dalam PTSL adalah aman dan sejuk. Oleh itu, tempat ini disukai oleh ramai pelajar UKM termasuklah saya.
Comments
Post a Comment